Laporan Bloomberg mengenai rizab tidak seimbang, interpretasi tegar – BNM

0
41

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia berkata artikel yang diterbitkan oleh Bloomberg bertajuk ‘Malaysia Reserve Buffer Seen by Moody’s as Among Weakest in Asia” (Moody’s melihat Penampan Rizab Malaysia Antara Paling Lemah di Asia) pada 18 Sept, 2017, hanya memberi tumpuan kepada penafsiran tegar ke atas dua indikator ekonomi, dan oleh itu memberikan tafsiran yang tidak adil dan penilaian ringkas terhadap kecukupan rizab antarabangsa Malaysia.

Mengulas artikel itu, BNM berkata laporan Bloomberg itu mencerminkan kurangnya pemahaman mereka tentang ekonomi Malaysia, kedudukan luar, sistem kewangan dan dasar ekonominya.

“Ini selain kecenderungan untuk membuat perbandingan antara negara, tanpa mengira pengkhususan negara, menyebabkan penghakiman yang salah ke ekonomi Malaysia dan daya tahan luarannya,” kata BNM dalam satu kenyataan.Secara terperinci, bank pusat itu berdasarkan konteks petunjuk serat menekankan bahawa penilaian mengenai kecukupan rizab perlu dilakukan menerusi kajian semula yang lebih luas mengenai perkembangan ekonomi dan kewangan Malaysia.

Bagi Penunjuk Pendedahan Luar (EVI) Moody’s, yang mengukur hutang luar negeri jangka pendek dengan baki rizab matang, BNM berkata ia bukan risiko material.

“Sebahagian besarnya dikira oleh sektor perbankan, mencerminkan operasi bank. Ini termasuk amalan pengurusan kecairan berpusat dan penempatan deposit serta pembiayaan antara bank,” katanya.

Bank juga mempunyai penempatan di luar negara untuk menangani mata wang dan kedudukan tidak seimbang matang selain termasuk, sebagai sebahagian daripada hutang luar negeri, ialah pinjaman antara syarikat dan kredit perdagangan.

Pinjaman antara syarikat mencerminkan urus niaga antara syarikat pelaburan langsung asing dan syarikat induk masing-masing. Ini tertakluk kepada terma fleksibel dan konsesi.

Selain itu kredit perdagangan lazimnya disokong oleh pendapatan eksport yang tidak memerlukan tuntutan ke atas rizab antarabangsa, kata BNM.

Bagi Metrik Kecukupan Rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Moody’s gagal mengakui penilaian keseluruhan IMF bahawa rizab Malaysia dianggap mencukupi, memandangkan kadar tukaran ringgit yang fleksibel dan ketersediaan aset luar untuk peminjam memenuhi obligasi luar.

Malah, Laporan Sektor Luar Negeri IMF Julai 2017 menyimpulkan bahawa rizab antarabangsa Malaysia mencukupi, pada 115 peratus daripada metrik ARA IMF, di bawah rejim kadar pertukaran terapung.

Perlu ditekankan juga bahawa rizab antarabangsa bukanlah satu-satunya cara untuk memenuhi obligasi luar.

Sejak 2015, aset luar Malaysia melebihi liabiliti luar, kata BNM.

Kedudukan pelaburan bersih antarabangsa Malaysia sebanyak 3.3 peratus daripada Pendapatan Negara Kasar, memperkukuh daya tahan Malaysia terhadap pelbagai kejutan, termasuk potensi aliran keluar.

Liberalisasi progresif peraturan pentadbiran tukaran asing juga menghasilkan lebih banyak rizab yang tidak berpusat. Ini dicerminkan dalam peningkatan pemerolehan aset di luar negara oleh bank dan korporat pemastautin, katanya.

Secara khsusunya, bank dan korporat memegang tiga perempat daripada aset luar negeri Malaysia, iaitu sebanyak RM1.3 trilion pada suku kedua akhir 2017, yang juga boleh digunakan untuk memenuhi obligasi hutang luar negeri mereka (pada suku akhir 2017 : RM673.8 bilion), tanpa membuat tuntutan ke atas rizab BNM.

Moody’s juga berkata ‘fleksibiliti mata wang Malaysia, dasar monetari berhemat dan asas pelabur institusi domestik yang besar, menjadi penampan ke atas kesan turun naik aliran modal, dengan perolehan eksport yang besar dan aset luaran bertindak sebagai penampan tambahan.”

Mengenai imbangan, profil kredit Malaysia dianggap sebagai ‘agak berdaya tahan kepada tempoh apabila turun naiki luaran meningkat,’ kata BNM.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here