Laporan dakwa Zakir Naik mohon kerakyatan M'sia

0
39



Akhbar utama India, Times of India, mendakwa pendakwah kontroversi Zakir Naik telah memohon kerakyatan Malaysia, dengan memetik sumber-sumber agensi.

Menurut laporannya, sumber-sumber mendedahkan bahawa pihak berkuasa Malaysia masih belum membuat keputusan terhadap permohonannya itu.

“Kerajaan India merancang untuk menggunakan saluran diplomatik untuk menggagalkan semua percubaan oleh pendakwah itu untuk mendapatkan kewarganegaraan di mana-mana negara,” kata laporan itu, sambil menambah bahawa pihak berkuasa Malaysia tahu mengenai kes-kes dakwaan keganasan yang belum selesai terhadap Zakir.

Pihak berkuasa India sedang menyiasat Zakir berhubung dakwaan keganasan dan pengubahan wang haram .

Agensi Siasatan Kebangsaan India (NIA) pada awal bulan ini telah menghubungi Interpol untuk mengeluarkan ‘Red Corner Notice’ terhadap Zakir, untuk mengisytiharkan beliau sebagai pelarian antarabangsa yang boleh ditangkap oleh mana-mana agensi di seluruh dunia.

Ini berikutan siasatan NIA selama setahun terhadap Yayasan Penyelidikan Islam dan Peace TV yang berkaitan dengan Zakir.

Kerajaan India telah mengharamkan yayasan dan saluran TV tersebut.

Menurut Times of India, NIA mendakwa Zakir telah menggalakkan permusuhan dan kebencian di antara kumpulan-kumpulan agama di negara itu melalui ucapan dan ceramah beliau.

[Baca berita penuh]

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here