Laporan Moody's tidak nyatakan tahap sebenar hutang kerajaan: Guan Eng

0
15
Advertisement

KUALA LUMPUR: Laporan agensi penarafan, Moody’s Investors Service (Moody’s), tidak menyatakan tahap sebenar hutang kerajaan, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Laporan Moody’s pada Rabu menyebut, perkembangan baru-baru ini seperti cadangan menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), pengenalan semula subsidi bahan api dan tahap hutang 1MDB, mungkin memberi kesan buruk kepada penarafan kredit Malaysia.

“Moody’s menyatakan hutang langsung kerajaan adalah RM687 bilion dan kita tidak menafikannya.

“Ini dengan sendirinya menunjukkan mereka (Moody’s) sedar akan jaminan kerajaan yang sudah menjadi hutang langsung berganda. Ini seharusnya diambil kira apabila anda mendedahkan tahap sebenar hutang kerajaan.

“Saya menyangkal dakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bahawa tahap hutang kita bukannya RM1.087 trilion,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa yang dianjurkan Country Heights Holdings Bhd, di sini, malam tadi.

BACA: Hutang RM1 trilion: Moody’s pun kata MoF salah – Najib 

BACA: Guan Eng dedah perincian hutang RM1 trilion

Lim berkata, hutang kerajaan Persekutuan adalah pada jumlah berkenaan kerana kerajaan pada masa ini mahu memasukkan liabiliti kontingen ini yang mana pada masa ini sudah menjadi hutang langsung.

“Sebagai contoh, hutang 1MDB adalah dalam bentuk jaminan dan kerana 1MDB dalam keadaan tidak mampu membayar hutang, ia tidak dapat membayarnya dan kerajaan harus melaksanakannya. Kenapa tidak berterus terang yang jaminan kerajaan ini sudah menjadi hutang langsung,” tambahnya.

Katanya, laporan Moody’s menunjukkan terdapat kesan positif dan negatif.

“Komen agensi berkenaan mengenai penghapusan GST adalah ia mengurangkan sumber perolehan, tetapi pada masa sama kerajaan menggantikannya dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

“Bagaimanapun, agensi itu juga berkata dengan menghapuskan GST ia akan menggalakkan penggunaan. Dengan peningkatan dalam penggunaan, ia akan membantu memacu ekonomi,” tambah Lim

Sementara itu, pada majlis berkenaan, barangan keperluan harian diserahkan kepada 844 keluarga dan 156 pelajar dari rumah anak yatim.

Keseluruhannya, sebanyak 1,000 beg barangan diedarkan kepada mereka yang memerlukan dan sekolah di beberapa negeri.

–BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here