Larangan bawa komputer riba ditarik balik

0
52


WASHINGTON: Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (AS) mengesahkan, larangan membawa komputer riba terhadap penumpang dalam kabin pesawat Egypt Air sudah ditarik balik.

Terdahulu syarikat penerbangan itu menerusi Twitter mengumumkan penarikan balik larangan itu kepada penumpang yang menaiki pesawat dari Kaherah ke New York, namun syarat itu kekal bagi penerbangan ke London.

Penarikan balik itu menjadikan dua lagi syarikat penerbangan Asia Barat masih tertakluk kepada larangan yang berkuat kuasa sejak Mac lalu.

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan Saudi Arabian Airlines (Saudia) berkata, ia menjangka larangan itu ditarik balik untuk penerbangan dari Jeddah dan Riyadh menjelang 19 Julai ini.

Sementara seorang pegawai kanan syarikat penerbangan Royal Air Maroc milik Maghribi dalam kenyataan percaya, syarat ketat itu kemungkinan ditarik balik untuk pesawat keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Mohammed V Casablanca pada 19 Julai ini.

Seorang jurucakap Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS, David Lapan berkata, tarikh 19 Julai adalah tempoh ‘realistik’ membuat keputusan terhadap dua syarikat berkenaan.

Larangan berkuat kuasa sejak Mac lalu membabitkan sembilan syarikat penerbangan, majoritinya dari Asia Barat bagi pesawat ke destinasi di AS.

Ia sebagai langkah mengelak potensi ancaman kerana bahan letupan boleh disembunyikan dalam komputer riba atau peranti lain. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here