Laratkah lagi Harrison Ford? Indiana Jones 5 mula penggambaran April 2019

0
81
Advertisement

SEBUT sahaja Indiana Jones, terbayang wajah ‘macho’ pelakon Harrison Ford. Meskipun sudah berusia 75 tahun, Ford tetap bertenaga untuk kembali hidupkan watak ikonik itu.

Steven Spielberg mengesahkan francais kelima filem kembara aksi terbitan Lucasfilm itu akan memulakan penggambaran di United Kingdom (UK) April tahun depan.

Perkara itu dimaklumkan pengarah filem itu ketika menghadiri majlis Anugerah Empire pada Ahad.

“Setiap seorang yang telah membantu saya membuat filem di sini (UK) akan terus bersama saya ketika saya kembali pada April 2019 nanti untuk pembikinan filem kelima Indiana Jones di sini,” umum pengarah berusia 71 tahun itu. 

Empat filem terdahulu telah menjana kutipan hampir AS$2 bilion di pasaran global.

Apa yang menarik, filem kelima ini bukan yang terakhir dalam siri pengembaraan Jones, meskipun pelakon utamanya semakin dimamah usia.

Mungkin Spielberg ada perancangan tersendiri untuk mencari pengganti Ford sama ada menjadikan anak Jones sebagai wira baharu atau juga mungkin membuat filem prekuel kisah Jones sewaktu muda.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here