Lauda tukar paru-paru

0
55
Advertisement



Vienna: Juara tiga kali Formula Satu, Niki Lauda dilapor stabil  dan dalam ‘keadaan memuaskan’ selepas menjalani pembedahan pemindahan paru-paru yang dijangkiti kuman, lapor Hospital Vienna, hari ini.

“Setelah 24 jam selepas pemendahan, Lauda sudah mula bernafas seperti biasa dan sedar sepenuhnya.

“Kesihatannya dijangka makin pulih pada hari mendatang dan semua organ berfungsi seperti biasa,” kata kenyataan hospital berkenaan. 

Lauda, 69, terpaksa memendekkan cuti di Ibiza hujung Julai lalu dan bergegas kembali ke Vienna untuk rawat paru-paru yang dijangkiti kuman.

Sepanjang rawatan, Lauda bergantung kepada sistem bantuan pernafasan sebelum membuat keputusan menjalani pembedahan pindahan paru-paru.

Rawatan itu berpunca ketika nahas pada perlumbaan F1 1976 yang menyaksikannya terhidu asap daripada kereta lumbanya yang terbakar. Sejak nahas itu, paru-parunya dikatakan agak lemah.

Dr Walter Klepetko, yang mengetuai pembedahan memberitahu akhbar Oesterreich bahawa Lauda perlu menunggu beberapa minggu akan datang untuk pulih sepenuhnya sebelum boleh meninggalkan hospital.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here