Laudya Cynthia Bella kongsi foto mesra bersama anak Erra Fazira

0
54

HUBUNGAN cinta pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran bukan lagi rahsia malah Bella dilihat terbuka berkongsi foto bekas suami aktress Erra Fazira itu di akaun Instagram (IG) miliknya. Terbaharu, Bella buat pertama kalinya memuat naik fotonya bersama anak bakal suaminya itu iaitu Engku Aleesya di IG.

 

Foto tersebut merakamkan Aleesya duduk di sebelah sambil berpegangan tangan dan bergambar bersama rakannya di satu majlis pertunangan.

Turut bersama dalam foto itu ialah Engku Emran.

Foto tersebut jelas menunjukkan kemesraan dan keakraban Aleesya dan Bella.

Sementara itu, Erra menerusi kenyataannya kepada akhbar tempatan semalam mengaku berasa gembira kerana anaknya dapat menerima Bella.

Dalam pada itu, pengikut IG Bella telah memberikan komen yang positif dan mendoakan agar pasangan tersebut segera mendirikan rumah tangga.

Berikut merupakan foto tersebut:
 

Teks oleh: Syafiqah Jalal

 

Foto: Instagram LaudyaCynthiaBella

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here