Lawatan ke China untuk tarik syarikat ke Malaysia – PM

0
172
Advertisement

PETALING JAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan membangkitkan soal kemampuan berhutang Malaysia ketika lawatan rasminya ke China nanti.

Selain itu, beliau akan turut menjemput syarikat dari China untuk datang ke Malaysia.

Namun, tegas beliau, syarikat-syarikat tersebut perlu menggunakan tenaga kerja tempatan agar impak positifnya dinikmati negara.

“Lawatan saya ke China adalah susulan daripada lawatan Ahli Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin ke sana.

“Saya akan jelaskan kepada mereka (China) bahawa keadaan kewangan kita tidak membenarkan kita untuk mengambil hutang dengan banyak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Menara Yayasan Selangor pada petang ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here