Lawatan Trump ke Britain ditangguh pada 2018

0
14


Donald Trump

LONDON: Kunjungan rasmi Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke Britain ditangguhkan sehingga tahun depan, kata sumber kanan kerajaan hari ini.

Perdana Menteri Theresa May melanjutkan jemputan itu apabila beliau melawat Washington hanya beberapa hari selepas pengisytiharan Trump Januari lalu, namun satu tarikh sebenar belum ditetapkan.

Sumber berkata, kedua-dua pihak gagal menguruskan tarikh untuk lawatan tahun ini dan kini meneliti kunjungan pada 2018.

Ada spekulasi Trump menangguhkan lawatan rasmi itu, dipenuhi aktiviti termasuk majlis makan malam dengan Ratu Elizabeth II, di tengah kebimbangan ia mungkin menarik bantahan berkaitan statusnya.

Persoalan berhubung lawatan itu juga timbul selepas ia tidak disebut dalam ucapan tahunan Ratu di parlimen Jun lalu, apabila menjadi kebiasaan buat monarki untuk menyenaraikan lawatan rasmi akan datang.

Namun Trump mengesahkan, ia akan mengunjungi Britain dalam Sidang G20 di Hamburg yang berakhir baru-baru ini, di mana beliau bertemu May, mengatakan dirinya ‘akan mengunjungi London.’

Ditanya bila, beliau menjawab: “Ia akan diputuskan.” -AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here