Lebih 100 cedera dalam insiden tembakan di Chicago

0
32


WASHINGTON: Lebih 100 orang cedera, termasuk 14 daripadanya parah dalam insiden tembakan di Chicago ketika penduduk Amerika Syarikat bercuti panjang sempena Hari Kemerdekaan yang disambut, semalam.

Akhbar Chicago Tribune melaporkan mangsa berusia antara 13 hingga 60 tahun dalam insiden tembakan di kawasan selatan dan barat Chicago, bandar raya ketiga terbesar di Amerika Syarikat.

Kejadian berlaku selepas Presiden Donald Trump mengumumkan pada Jumaat lalu, bahawa beliau akan menghantar pasukan bantuan persekutuan bagi menangani masalah keganasan yang memuncak di bandar raya itu.

Tindakan itu diambil selepas pasukan polis tempatan dikritik hebat kerana menyalahguna kuasa dalam satu laporan persekutuan yang dikeluarkan pada Januari lalu. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here