Lebih 20 maut dalam kejadian tembakan di Las Vegas

0
78
Advertisement

LOS ANGELES: Lebih 20 orang terbunuh dan 100 lagi cedera dalam kejadian tembakan di satu konsert di luar Hotel Mandalay Bay, Las Vegas, kata polis tempatan pada Isnin, lapor agensi berita China Xinhua.

Jurucakap polis Joe Lombardo pada sidang akhbar berkata, suspek utama menggunakan senapang automatik dan melepaskan tembakan dari tingkat 32 hotel berkenaan, bagaimanapun suspek berjaya dibunuh polis kemudian.

Menerusi rakaman video dimuat naik dalam talian, kedengaran bunyi tembakan dipercayai daripada senjata automatik

Dilaporkan jenis senjata api yang menghasilkan bunyi bising seperti dirakamkan dalam video berkenaan sukar untuk didapati di kedai menjual senjata di Amerika Syarikat.

Media tempatan melaporkan kejadian berlaku pada pukul 11.30 malam Ahad sementara saluran berita ABC 7 berkata ratusan das tembakan dilepaskan.

Terdahulu, laporan awal oleh CBS Los Angeles dan FOX 11 mengatakan, dua terbunuh dalam kejadian itu manakala 24 cedera dengan 12 dilaporkan parah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here