Lebih 20 terkorban dalam kebakaran hutan di California

0
15

SONOMA: Lebih 200 jentera dan anggota bomba dikerah dari beberapa negeri berhampiran California  untuk membantu memadam kebakaran yang kini mengakibatkan lebih 20 terkorban.

Kebakaran sejak Selasa itu turut menyebabkan ribuan yang lain hilang tempat tinggal.

Antara yang maut pasangan warga emas Charles Rippey, 100 tahun, dan isterinya Sara, 98.

Ketua Bomba California, Ken Pimlott berkata angka korban dijangka terus meningkat.

Beliau turut mengakui kebakaran satu bencana serius dan kritikal, sekali gus menjangkakan mereka akan berada di kawasan kejadian untuk tempoh yang lama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here