Lebih 230 ribu pengguna bertukar kepada kad Touch n' Go MyRapid

0
53

DIANGGARKAN, lebih 230,000 pengguna pengangkutan awam telah menukar kad RapidKL lama mereka kepada kad baharu yang dilengkapi dengan sistem Touch n’ Go (TnG).

Daripada jumlah itu, lebih daripada 60,000 adalah kad konsesi untuk warga emas, pelajar dan orang kurang upaya (OKU), kata Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataan hari ini.

Kira-kira 20,000 kad konsesi MyRapid baru turut dikeluarkan sepanjang kempen penukaran itu yang bermula pada 15 Julai untuk memudahkan perjalanan lancar dalam semua rangkaian perjalanan Rapid KL – bas, LRT, MRT dan Monorel. 

Dengan berakhirnya kempen itu, Prasarana berkata kaunter pertukaran kad konsesi sementara di stesen LRT Subang Jaya dan Awan Besar telah ditutup pada jam 7 malam semalam.

“Kaunter penukaran kad konsesi di stesen LRT Sri Rampai, bagaimanapun, akan terus beroperasi hingga 15 Ogos, antara pukul 9 pagi hingga 5 petang dari hari Isnin hingga Sabtu kecuali pada hari cuti umum, untuk mereka yang belum menukar.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami atas sokongan mereka. Kad TnG MyRapid akan terus meningkatkan kemudahan perjalanan mereka, memberikan lebih penjimatan dan mengurangkan masa perjalanan,” menurut kenyataan itu lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here