'Lebih ringgit ke poket anda‎' jadi manifesto Pemuda PAS

0
76



“Memberi lebih ringgit kepada poket anda,” itulah antara tujuh agenda ‎’Anak Muda Sejahtera’ sebagai asas pembentukan tawaran manifesto PAS yang akan dilancarkan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Ketua Pemudanya, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tawaran itu sebagai menyahut hasrat anak muda Malaysia yang mendambakan kehidupan lebih sejahtera.

“Pendapatan boleh guna – memberi lebih ringgit kepada poket anda,” katanya ketika menyampaikan ucaptama sempena Muktamar Pemuda PAS ke-58, di Alor Setar hari ini.

Bagaimanapun anggota parlimen Pasir Mas itu tidak menghuraikan secara terperinci mengenai tawaran tersebut.

Berikut tujuh tawaran manifesto Pemuda PAS:

1) Pendapatan boleh guna – Memberi lebih ringgit kepada poket anda.

2) Keupayaan sara hidup – Membebaskan anda daripada kesempitan hidup.

3) Pendidikan berkebajikan – Meningkatkan kualiti hidup melalui pendidikan insani.

4) Keusahawanan belia – Membantu membina kerjaya dan pendapatan sendiri.

5) Rumah mampu milik – memiliki rumah idaman sebagai tempat berteduh.

6) Capaian pengangkutan – Mobiliti dalam dunia serba pantas.

7) Kesejahteraan hidup – Menjamin kesihatan dan keselamatan yang tersayang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here