Lee Chong Wei: Rise of the Legend sarat permainan emosi

0
63
Advertisement

APABILA bercakap tentang filem biopik, perkara pertama yang biasanya akan dinilai penonton adalah jika filem itu berjaya memaparkan a glimpse of one’s life, tidak kira siapa pun dia, yang menjadi subjek filem tersebut.

Jika itulah yang elemen penting bagi menarik penonton ke panggung, filem Lee Chong Wei: Rise of the Legend ini pastinya akan memberi kepuasan.

Tapi bagi penulis, ada sesuatu yang mengganggu fikiran tatkala selesai menonton tayangan perdana versi director’s cut berdurasi 133 minit, baru-baru ini.

BACA: Filem Lee Chong Wei diiktiraf Malaysia Book of Records & Asia Book of Records

Mungkin kerana ia versi khas yang lebih panjang, ada beberapa babak agak meleret, sehingga tanpa sedar penulis menghela nafas panjang apabila babak itu tamat.

Bagi sebuah filem yang penuh dengan permainan emosi yang naik turun, garapan skrip dan dialog amat penting dan penulis skrip berjaya membuai penonton untuk sama-sama menyelami setiap kesedihan, kesukaran, keperitan, kebanggaan dan kegembiraan yang dipaparkan.

Lakonan Tosh Chan tidaklah mengecewakan sebagai Lee Chong Wei. Harus diakui bukan senang untuk memberi karakter tersendiri pada watak ikonik itu, namun limpahan emosi anak muda ini perlu diberi pujian.

Kredibiliti Datuk Rosyam Nor pula tidak perlu dipertikaikan sebagai Datuk Misbun Sidek.

Bercakap tentang Misbun, penulis agak terkilan kerana struggle yang dilalui Chong Wei bersama Misbun, tidak diperincikan.

Seperti yang diketahui ramai, Chong Wei melalui rejim latihan yang cukup mencabar bersama Misbun, yang menjadikan beliau cukup tahan lasak untuk berdepan dengan mana-mana pemain.

Penulis menantikan untuk menyaksikan ‘rejim kejam’ itu. Sayangnya, ia tidak digambarkan seperti yang diharapkan penulis. Sebaliknya, hanya interaksi dan luahan kata-kata antara Chong Wei dan sifunya itu yang lebih menjadi fokus.

Babak sesi latihan fizikal pula mengingatkan penulis kepada babak dalam filem Ola Bola, biarpun mengambil latar persekitaran yang berbeza. Tidak dapat dipastikan jika sesi latihan fizikal ini adalah adaptasi situasi sebenar atau hanya babak yang dimasukkan untuk menambah elemen dramatik.

Babak perlawanan badminton juga wajar dipuji. Permainan angle dan kamera yang baik, berjaya membuat penonton tidak senang duduk.

Secara keseluruhan, ia sebuah filem yang berbaloi untuk ditonton. Pengarah, Teng Bee, penulis kira, masih berjaya menyelami di sebalik kejayaan seorang manusia hebat bernama Lee Chong Wei.

Rakyat Malaysia, turunlah ke pawagam. Mungkin inspirasi hidup yang anda cari, akan ditemui dalam filem ini.

Rating: 3.5

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here