Lee Min Ho dan Bae Suzy kembali bercinta?

0
410
Advertisement

DUNIA hiburan K-pop digemparkan dengan khabar angin yang menyatakan bahawa pelakon Korea, Lee Min Ho dan penyanyi, Bae Suzy kembali bercinta.

Khabar angin ini mula hangat dibualkan apabila sumber terdekat mengatakan mereka ada berjumpa secara rahsia baru-baru ini, lapor portal allkpop.

Sudah pasti peminat hiburan Korea mengharapkan mereka berdua kembali bercinta.

Syarikat pengurusan bagi kedua-kedua artis tersebut tampil mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan keadaan.

“Berita yang mengatakan Min Ho dan Suzy kembali bercinta tidak benar,” ujar kenyataan bersama MYM Entertainment dan JYP Entertainment.

Lee Min Ho dalam pada itu turut menafikan khabar angin tersebut.

“Kami ada berjumpa baru-baru ini tetapi hanya sebagai kawan sahaja.”

Min Ho dan Suzy sebelum ini hangat diperkatakan sebagai pasangan kekasih paling diminati peminat, namun mereka berpisah pada November tahun lalu atas alasan peribadi.

BACA: Berakhir sudah hubungan bintang Korea Lee Min Ho dan Suzy

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here