Legasi Steve Irwin kembali di Animal Planet

0
125
Advertisement

SEBELAS tahun selepas pemergian pemburu buaya atau Crocodile Hunter, keluarga Steve Irwin umum kembali ke kaca televisyen.

Balu Steve, Terri serta dua anaknya Bindi dan Robert bakal muncul semula menerusi saluran ‘Animal Planet’ untuk meneruskan legasi ‘Crocodile Hunter’ mulai tahun depan.

Selepas kematian Steve, keluarga ini banyak melibatkan diri dengan kerja pemuliharaan alam sekitar di Australia antaranya menguruskan zoo dan memelihara hidupan liar, serta terlibat dengan projek menyelamatkan haiwan liar yang semakin pupus.

Steve Irwin meninggal dunia pada usia 44 tahun pada September 2006 akibat ditikam ekor ikan pari yang menembusi jantungnya ketika penggambaran episod siri Crocodile Hunter.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here