Legoland Malaysia Resort cari jurucakap junior 'Sea Life'

0
256
Advertisement

KUALA LUMPUR: Legoland Malaysia Resort kini mencari jurucakap junior bagi Sea Life Malaysia, tarikan bertemakan laut yang akan dibuka pada akhir tahun ini.

Pertandingan Sea Life Junior Rangers dibuka mulai sekarang hingga 29 Jun kepada kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun yang berminat terhadap hidupan laut dan pemuliharaan, serta mempunyai keyakinan untuk berdepan dengan orang ramai dan kamera.

Pemegang Pas Tahunan Premium LEGOLAND (R) Malaysia semasa dan baru serta berminat dalam aktiviti membina blok LEGO (R) akan mempunyai kelebihan tambahan.

Legoland Malaysia, dalam satu kenyataan pada Khamis, berkata: “Program Sea Life Junior Rangers adalah program pendidikan global oleh pusat Sea Life di seluruh dunia dan kini boleh didapati di Asia Tenggara untuk kali pertama.

“Inisiatif ini bertujuan untuk menjadikan kanak-kanak dari Malaysia dan Singapura sebagai jurucakap kepada kawasan perlindungan marin.

“Junior Rangers akan berpeluang bertemu pakar marin Sea Life Malaysia, mendapat akses memasuki kawasan pekerja serta mempelajari lebih lanjut mengenai pemakanan ikan dan pemuliharaan hidupan laut.”

Duta muda ini akan mendapat pas pembukaan akuarium dan akses percuma ke Sea Life Malaysia untuk tempoh 12 bulan.

Program ini menawarkan peluang kepada peserta untuk menjadi duta muda Sea Life Malaysia; belajar kemahiran; mengetuai pergerakan pemuliharaan laut, mendapatkan akses eksklusif bersama profesional, menikmati jemputan eksklusif untuk acara penting dan menerima pek eksklusif Junior Ranger.

Maklumat lanjut mengenai pertandingan Sea Life Junior Rangers boleh didapati dengan melayari https://www.legoland.com.my/sealife/sealife/.

Bagi promosi dan aktiviti pula boleh didapati di laman web rasmi LEGOLAND (R) Malaysia Resort, www.legoland.com.my.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here