Lelaki berpisau berdekatan bangunan Parlimen UK ditahan polis

0
78



LONDON: Polis British pada Khamis telah menangkap seorang lelaki yang membawa sebilah pisau di Whitehall, iaitu lokasi yang banyak menempatkan bangunan kementerian di tengah kota London, dan suspek kini ditahan di bawah undang-undang anti-keganasan.

“Seorang lelaki telah ditahan di Whitehall sekitar jam 2.22 petang (waktu tempatan), susulan penahanan dan pemeriksaan berdasarkan operasi yang berterusan,” ujar Polis Metropolitan London dalam satu kenyataan.

Lelaki dalam usia akhir 20-an itu ditahan kerana disyaki memiliki senjata berbahaya dan dipercayai mahu melakukan perbuatan keganasan. Pisau telah dirampas daripadanya, kata kenyataan itu.

Suspek ditahan di Parliament Street, yang tidak jauh dari bangunan Parlimen UK dan pejabat Perdana Menteri Theresa May di Downing Street.

Tiada sesiapa yang cedera dalam insiden berkenaan, dan Theresa juga tidak ada di pejabatnya ketika itu.

Insiden itu terjadi berselang sebulan selepas seorang suspek pengganas merempuh kenderaan yang dipandunya ke arah pejalan kaki di Jambatan Westminster, hingga meragut empat nyawa selain menikam mati seorang anggiota polis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here