Lelaki bersenjata cetus drama kepungan di Lapangan Terbang Orlando

0
63



FLORIDA: Lapangan Terbang Orlando di Florida, Amerika Syarikat pada Selasa meningkatkan kawalan keselamatan di lapangan terbang itu susulan tindakan seorang lelaki bersenjata yang mencetuskan drama kepungan di antara dirinya dan pihak keselamatan.

Bagaimanapun tiada sebarang tembakan atau kecederaan dilaporkan.

“Situasi masih berterusan membabitkan seorang lelaki bersenjata, di Paras 1, Bahagian A terminal, kawasan kereta sewa. Polis berada di lokasi dan keadaan terkawal. Ia memberikan kesan minima kepada operasi (lapangan terbang),” menurut kenyataan twitter lapangan terbang terbabit.

Menurut laporan media tempatan, orang ramai dan penumpang telah dibawa keluar dari kawasan yang terbabit.

Sementara itu Jabatan Polis Orlando memaklumkan tiada sebarang tangkapan dibuat sehingga kini meskipun ada laporan yang mengatakan lelaki terbabit telah berjaya ditahan.

Lapangan Terbang Orlando memberikan perkhidmatan kepada 42.6 juta penumpang setahun dan mengendalikan 35 syarikat penerbangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here