Lelaki bersenjata di lapangan terbang ditahan

0
48


– Foto sumber abcnews.go.com

ORLANDO: Seorang lelaki bersenjata di Lapangan Terbang Antarabangsa Orlando berjaya ditahan semalam selepas berada dalam ketegangan dengan polis hampir tiga jam.

Tiada siapa cedera dalam kejadian itu tetapi keadaan menakutkan mencetuskan kekeliruan dan kebimbangan apabila penumpang menyiarkan video dan gambar atas talian menunjukkan polis bersiap sedia dengan senjata.

“Penyerang dalam tahanan. Semua orang selamat,” kata polis Orlando dalam Twitter selepas jam 10.00 malam waktu tempatan.

Tiada tembakan dilepaskan.

Saksi, Glorializ Colon Plaza, 20, memberitahu Orlando Sentinel beliau baru keluar dari pesawat Virgin Atlantic apabila melihat semua orang bersembunyi.

Beliau keluar dari lif dan melihat seorang lelaki di atas lantai berhampiran kawasan sewa kereta.

Lelaki itu menjerit dan polis mengepungnya.

“Saya tidak mampu berkata-kata tetapi jeritannya amat kuat. Semua orang memberitahu saya lelaki itu berkata kepada semua orang: ‘Kamu perlukan terapi mental selepas ini,’ kemudian dia mengeluarkan senjata dan orang ramai berlari.

“Saya tidak mendengar bunyi tembakan atau melihat sesiapa cedera. Saya nampak polis dengan raifal panjang dan mula menggeletar,” katanya. – AP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here