Lelaki bersenjata pisau bunuh dua orang, cederakan 18

0
48

SHANGHAI: Seorang lelaki bersenjata telah membunuh dua orang dan mencederakan 18 orang di Guizhou, China.

Menurut laporan agensi berita Xinhua, lelaki yang menggunakan sebilah pisau untuk melakukan perbuatan tersebut, disyaki menghidapi sakit mental.

Kira-kira 20 orang dikejarkan ke hospital ekoran kejadian tersebut, di mana dua daripada mereka meninggal dunia.

Butir-butir mengenai mangsa tidak dimaklumkan.

Lelaki yang berumur 30 tahun itu kini berada di bawah tahanan polis dan kes tersebut sedang disiasat.

Ayah kepada lelaki berkenaan berkata anaknya mempunyai sejarah penyakit mental.

Jenayah ganas seumpama ini agak jarang berlaku di China, berbanding dengan negara lain.

Namun demikian, sejak kebelakangan ini, kejadian serangan menggunakan pisau dan kapak semakin menjadi-jadi, di mana kebanyakannya mensasarkan kanak-kanak.

Pada Januari, seorang lelaki telah mencederakan 11 kanak-kanak dengan bilah mata pisau di sebuah tadika di Guangxi.

Pada November tahun lepas pula, tujuh kanak-kanak telah dicederakan oleh seorang lelaki yang menggunakan pisau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here