Lelaki bunuh dan ratah teman wanita diputuskan 'tidak siuman'

0
110
Advertisement

SEORANG lelaki yang bertindak membunuh, malah meratah bekas teman wanitanya pada 11 September 2014 di Jeffersonville, Indiana, Amerika Syarikat didapati tidak siuman ketika melakukan perbuatan kejamnya itu.

Namun pelaku, Joseph Oberhansley, 36, tidak boleh dibicarakan atas perilakunya itu susulan  keputusan Hakim Vicki Carmichael pada Rabu yang mendengar keterangan dari tiga orang doktor yang menyifatkannya tertuduh sebagai tidak waras dari segi mental.

Menurut laporan Independent UK, pendakwaraya sebelum ini telah berhujah tertuduh wajar dibicarakan kerana pernah memecah masuk rumah bekas teman wanitanya, Tammy Jo Blanton, 46, dimana dia merogol, menikam sehingga mati dan memakan beberapa bahagian badan mangsa.

Namun hakim mengarahkan penilaian pisikologi tertuduh selepas peguam bela memfailkan usul pada Februari lepas dengan berkata anak guamnya itu tidak dapat mengambil bahagian atau memahami sepenuhnya prosiding mahkamah.

“Dia kelihatan seperti gelisah, mencurigakan, paranoid dan tidak berkomunikasi,” jelas peguam.

Terdahulu, mahkamah turut dimaklumkan Joseph pernah meringkuk dalam penjara selama 12 tahun kerana terlibat dalam kes pembunuhan seorang lagi wanita iaitu juga merupakan bekas teman wanitanya, Sabrina Elder pada 9 Disember 1998 diatas pengaruh dadah.

Dia kemudiannya dibebaskan pada Julai 2012 dan menjalani hukuman parol di Indiana.

Di dalam kes kali ini, jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here