Lelaki cela Islam hadapi tuduhan membunuh

0
21



LELAKI mencela dua remaja perempuan dengan kata-kata anti-Islam sebelum menikam mati dua lelaki yang mempertahankan dua remaja itu di atas kereta api di Portland, Oregon, dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Jeremy Joseph Christian, 35, menghadapi dia tuduhan membunuh dan beberapa tuduhan lain.

Dalam kejadian Jumaat lalu (Sabtu waktu Malaysia), hari pertama umat Islam di Amerika Syarikat berpuasa, Christian mencela dua remaja perempuan itu, termasuk seorang yang memakai tudung.

Tiga lelaki lain masuk campur, tidak bersetuju dengan perbuatan Christian dan dia menyerang mereka dengan pisau, membunuh dua orang, seorang lagi cedera. Mangsa yang maut dikenali sebagai Taliesin Myrddin Namkai Meche, 23, dan Ricky John Best, 53 manakala Micah David-Cole Fletcher, 21, cedera di leher.

Dalam temuramah dengan KPTV, remaja itu, Destinee Mangum, 16, berkata dia dan rakannya berusia 17 tahun berada dalam kereta api apabila Christian menjerit kepada mereka dengan celaan anti-Islam.

“Saya bukan Islam, namun kawan saya beragama Islam.

“Dia suruh kami pulang ke Arab Saudi, kami tidak layak berada di sini, perlu keluar dari negara ini dan lebih baik bunuh diri sendiri,” katanya.

Destinee dan rakannya bergerak ke hujung gerabak dan bersedia untuk turun dan apabila berpaling, mendapati pergaduhan sudah berlaku.

“Dia menikam orang begitu saja, darah di mana-mana. Kami berlari menyelamatkan diri,” katanya

Status media sosial Christian menunjukkan dia penyokong Nazi dan pernah dipenjara kerana menahan pekerja kedai serbaneka dengan bersenjatakan pistol pada 2002.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here