Lelaki jumpa bangkai tikus saman Coca-Cola

0
75


SEORANG lelaki yang mendakwa menemui bangkai tikus dalam tin minuman ringan memfailkan saman terhadap syarikat Coca-Cola. – Foto hiasan

DAKOTA SELATAN: Seorang lelaki yang mendakwa menemui bangkai tikus dalam tin minuman ringan memfailkan saman terhadap syarikat Coca-Cola, berkata beliau tidak dapat bekerja selama 60 jam dan memperuntukkan AS$1,000 (RM4,340) untuk rawatan perubatan.

Duane Putzier menuntut ganti rugi AS$2,026 (RM8,794) selain pampasan lain yang terbukti ketika perbicaraan, termasuk faedah.

Beliau mengemukakan saman menurut undang-undang baru Dakota Selatan yang membenarkan kes tertentu dikendalikan lebih cepat.

Menurut undang-undang itu, setiap pihak dihadkan kepada cuma seorang saksi dan enam jam.

Dalam dokumen mahkamah, peguam Coca-Cola, Brian Johnson mempertikaikan wujud bukti bangkai tikus berada dalam tin ketika proses pembotolan, berkata ia lebih kepada tahap pereputan, menurut laporan The Daily Republic.

Tempoh masa antara proses pembotolan dan ketika lelaki berkenaan membuka tin itu adalah enam minggu.

Johnsom berkata, ketika sesi pendengaran usul Selasa lalu bahawa beliau menunggu keterangan daripada ahli patologi haiwan, yang akan menganalisis proses pereputan tikus itu.

Beliau juga berharap mendapatkan keterangan daripada pengurus jaminan kualiti dan penyelia di Portland, Indiana, loji minuman itu ditinkan. – AP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here