Lelaki lain tak berani… [VIDEO]

0
47



ULAR sawa di tengah jalan yang menyebabkan trafik berhenti hanya diperhatikan beberapa lelaki, namun seorang wanita dengan berani mengambil tindakan mengalihkannya di Brazil, Sabtu lalu.

Ular sawa sepanjang 2.1 meter itu itu mencetuskan panik dalam kalangan pengguna jalan raya apabila ia menyelinap ke pertengahan jalan di Teresopolis berhampiran Rio de Janeiro.

Trak dan kereta dari kedua-dua arah berhenti dengan pemandu berdiri di tepi jalan dan tidak berani mengambil tindakan terhadap ular itu.

Namun seorang wanita dengan tenang berjalan ke arah ular itu, memegang kepalanya dan membawanya ke tepi jalan.

Dia sempat bergaya dahulu dengan ular yang berbelit di tangannya supaya lelaki lain dapat merakam gambar.

Ular itu kemudian dilepaskan di kawasan semak di tepi jalan raya itu.


Saksi, Paulo Vincent yang merakam video tersebut berkata, dia tidak menjangka wanita itu akan mengangkat ular tersebut kerana takut ular itu akan menyerang.

“Saya kagum dengan wanita berani itu manakala lelaki lain hanya menunggu supaya masalah itu dapat diselesaikan dengan cara lain.

“Saya rasa lelaki lain sedang mempertimbangkan untuk mengguna kayu atau memanggil pakar,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here