Lelaki lepaskan tembakan rambang di konsulat China di Los Angeles sebelum bunuh diri

0
47

LOS ANGELES: Seorang lelaki melepaskan tembakan rambang di luar Konsulat Jeneral China di Los Angeles, sebelum menembak dirinya sendiri, lapor agensi berita China Xinhua.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 6 pagi (waktu tempatan) pada Selasa.

Lelaki  dipercayai berasal dari Asia, berusia lingkungan 60 tahun itu ditemui maut dalam sebuah kenderaan di lokasi kejadian, kata seorang pegawai konsulat kepada Xinhua.  

Sementara itu, polis mengesahkan lelaki berkenaan berasal dari Asia, namun tidak mendedahkan identiti mangsa.

Seorang saksi memberitahu 17 das tembakan dilepaskan lelaki berkenaan sebelum membunuh diri.

Bagaimanapun, motif kejadian masih belum dapat dipastikan sama ada berkaitan politik.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here