Lelaki mabuk nyaris maut digilis treler

0
76



IPOH: Seorang lelaki nyaris maut akibat digilis sebuah lori treler dekat Batu 6, Tambun di sini, awal pagi tadi selepas dia tidur di bawah kenderaan itu.

Dalam kejadian kira-kira 5.50 pagi tadi, mangsa yang berumur 39 tahun itu, dilaporkan mengalami kecederaan parah di bahagian kaki kirinya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh P. Samasuvam berkata mangsa yang menetap di Taman Bagus, Ulu Kinta kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian dipercayai mabuk ketika tidur di bawah lori treler berkenaan.

“Kami menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan tentang kejadian kira-kira 5.51 pagi.

“Setibanya anggota di tempat kejadian mendapati mangsa tidak dapat bergerak berikutan kakinya telah patah akibat digilis, bagaimanapun mangsa tidak tersepit,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Samasuvam berkata pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa dari bawah lori dan menyerahkannya kepada pasukan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk tindakan selanjutnya.

Operasi menyelamat tamat kira-kira 6.30 pagi.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here