Lelaki miliki 7 rekod lampau tak serik ulang jenayah

0
31



Jempol: Biarpun sudah beberapa kali menjalani hukuman penjara atas kesalahan dadah dan curi, seorang lelaki berusia 29 tahun masih tidak serik melakukan perkara sama.

Terbaru, suspek memecah masuk sebuah rumah di Taman Tunku Puan Chik, di sini, pada 3 Mei lalu sebelum melarikan peralatan elektrik, gajet dan sebuah kenderaan pelbagai guna Naza Citra.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek dibebaskan dari penjara atas kesalahan dadah, Februari lalu dan menjadi ketua kumpulan Citra.

“Suspek mencuri Toyota Avanza milik penduduk sebuah taman perumahan di Batu Kikir pada 17 Mac lalu. Selepas itu, suspek memecah masuk sebuah rumah di Taman Tunku Puan Chik.

“Kereta dicuri digunakan suspek tanpa menukar nombor pendaftaran. Suspek dibantu empat lagi rakan berusia 20 hingga 40 tahun menyimpan dan menjual barang dicuri.

“Kegiatan suspek dibongkar polis selepas penemuan Toyota Avanza di Bahau yang belum sempat dijual pada 19 Mei lalu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, di sini, semalam.

Katanya, suspek mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan dadah ditahan polis di Batu Kikir pada jam 7 malam, 23 Mei lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here