Lelaki perjelas sebab dia bawa lengan dalam bagasi

0
12

SEORANG lelaki di China ditahan selepas pengimbas keselamatan sebuah stesen bas mendedahkan dia membawa bahagian lengan manusia di dalam bagasi, lapor media China.

Menurut laporan, lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di Duyun di wilayah Guizhou minggu lepas.

Pihak berkuasa pada awalnya menahan lelaki itu, dikenali dengan nama keluarga Cheng, kerana disyaki membunuh.

Lelaki itu kemudian menjelaskan anggota tubuh itu milikĀ abang saudaranya.

Difahamkan, abang saudaranya terkena kejutan elektrik dan kedua-dua belah tangannya terpaksa dipotong oleh doktor.

Oleh kerana segelintir rakyat China percaya semua anggota tubuh perlu dikebumikan bersama-sama bagi memastikan mayat sempurna, saudaranya meminta dia untuk membawa lengan itu balik ke kampung untuk disimpan.

Polis kemudian mengesahkan insiden itu dengan pihak hospital di mana abangnya menjalani rawatan lanjut.

Lelaki itu kemudian diminat mencari cara lain untuk mengangkut lengan yang dipotong itu ke kampung halamannya, media tempatan melaporkan.

Berdasarkan budaya tradisional Cina, seluruh badan perlu dibakar atau dikebumikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here