Lelaki sakit mental culik, kurung jiran dalam lubang

0
76


PEGAWAI polis tiba di kediaman di mana seorang pesakit mental lelaki diculik jirannya dan mengurung dalam lubang kecil kubur dalam kandang belakang rumahnya. – Foto AP

OHIO: Seorang pesakit mental menculik jirannya yang membuat laporan menerima panggilan mengganggu daripadanya dan mengurung wanita itu dalam lubang kecil dalam kandang belakang rumahnya.

Wanita itu, bagaimanapun berjaya diselamatkan selepas jeritannya didengari ibunya, kata polis.

Polis di Blanchester, kira-kira 64 kilometer ke timur laut Cincinnati, berkata pemilik bangsal itu, Dennis Dunn, ditahan pagi semalam dan dijel.

Mereka berkata, Dunn mempunyai sejarah isu kesihatan mental.

Ibu wanita itu melaporkan kehilangan anaknya kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan dan menghubungi polis dua jam kemudian untuk melaporkan jeritan yang kedengaran dari kandang di belakang rumah Dunn.

Polis yang menerima laporan tiba dan menemui mangsa di dalam kandang, dalam keadaan melutut dalam lubang sedalam satu meter dengan 0.6 meter lebar dan 0.6 meter panjang, dengan kayu menutup lubang itu.

Ketua Polis, Scott Reinbolt, berkata objek berat termasuk peralatan memotong rumput, ditempatkan di atas kayu itu, menghalang mangsa keluar.

Beliau dikesan mengalami sawan dan dihantar ke hospital, menerima rawatan dan dibenarkan keluar, kata polis. – AP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here