Lelaki saman restoran hidang piza babi

0
48


DETROIT: Seorang lelaki Islam memfailkan saman menuntut pampasan AS$100 juta (RM426 juta) terhadap Little Caesars, yang didakwa menghidangkan piza pepperoni babi kepadanya.

Laporan Detroit Free Press melaporkan, saman yang difailkan di Mahkamah Daerah Wayne menyatakan piza itu yang dijual di Dearbon dilabelkan ‘halal’, bermakna ia tidak sepatutnya mengandungi daging babi dan seharusnya disediakan mengikut cara Islam.

Mohamad Bazzi sudah dua kali memesan piza ‘halal’ mengandungi daging babi.

Peguamnya, Majed Moughni, berkata tindakan saman itu juga bertujuan menghalang penduduk Islam lain memesan makanan mengandungi daging babi daripada restoran itu.

Sementara itu, Little Caesars dalam kenyataannya berkata, rangkaian itu menghargai pelanggan semua agama dan budaya, dan percaya saman itu tidak mempunyai merit. – AP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here