Lelaki sekat bersin hingga pecah kerongkong

0
21
Advertisement

TINDAKAN seorang lelaki yang sering menekan hidung dan mulut untuk menyekat bersin menyebabkannya mengalami masalah kerosakan pada anggota badan yang serius.

Lelaki berusia 34 tahun itu dikesan pakar perubatan dari Leicester mengalami masalah pecah kerongkong apabila tindakannya menyekat bersin dengan impak tinggi.

Tindakan menyekat bersin itu dilihat memberi tekanan kepada tisu-tisu lembut di bahagian kerongkong.

Tabiat itu juga boleh merosakkan telinga atau pecah otak aneurisme, pakar perubatan memberi amaran dalam jurnal Laporan Kes BMJ.

Menurut lelaki itu, dia merasakan sesuatu yang aneh ‘berada’ di lehernya selain mengalami kesakitan serta kesukaran untuk menelan dan bercakap.

Malah pemeriksaan doktor mendapati bahagian kerongkong dan leher lelaki itu mengalami radang serta bengkak.

Ketika rawatan, lelaki itu terpaksa menggunakan tiub selama tujuh hari dalam usaha memulihkan tisu-tisu yang rosak selain dibenarkan keluar hospital apabila didapati pulih sepenuhnya.

Para doktor dari jabatan telinga, hidung dan tekak di Hospital Diraja Leicester iaitu lokasi lelaki tersebut dirawat berkata menyekat bersin dengan menekan hidung dan mulut adalah tindakan berbahaya serta perlu dielakkan.

Ujar pakar, bersin boleh menyebarkan penyakit tetapi ia baik jika dilepaskan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here