Lembaga Pengarah Khazanah tawar letak jawatan

0
211
Advertisement
KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Berhad, khazanah mengesahkan laporan perletakan jawatan semua lapan ahli lembaga pengarah termasuk Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar.

Tindakan peletakan jawatan itu bertujuan memastikan peralihan syarikat dana pelaburan kerajaan tersebut lancar dan terurus di bawah kerajaan baharu.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Khazanah melaporkan kesemua  ahli lembaga pengarah bangga dapat perkhidmatan dengan syarikat berkenaan.

Mereka juga menyifatkan tindakan ini wajar serta mengakui hak mutlak kerajaan baharu untuk membentuk lembaga dan memilih ahli lembaga  pengarah baharu.

Sembilan lembaga pengarah Khazanah terdiri daripada:

  1. Tan Sri Azman Mokhtar
  2. Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda
  3. Tan Sri Andrew Sheng
  4. Tan Sri Azman Yahya
  5. Tan Sri Md Nor Md Yusof
  6. Dato’ Sri Nazir Razak
  7. Dato’ Azlan Hashim
  8. Dato’ Dr. Nirmala Menon
  9. Yeo Kar Peng

Astro AWANI sedang mendapatkan reaksi dari penganalisis ekonomi dan sumber yang rapat dengan perkara ini untuk perkembangan seterusnya.

Ini merupakan kenyataan rasmi Khazanah Nasional Berhad berhubung perletakan jawatan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here