Lemos bingung aksi hambar anak buah

0
324
Advertisement



SHAH ALAM: Ketua jurulatih Negeri Sembilan, Mario Lemos seakan bingung dengan cara pemainnya beraksi ketika tewas 3-5 kepada PKNS FC di Stadium Shah Alam, semalam.

Apa yang dipamerkan anak buahnya seakan menggambarkan permainan berkelas amatur dan tidak teratur seperti yang dirancang.

“Saya sangat kecewa kerana ia tidak kelihatan seperti pasukan bola sepak. Saya ambil tanggungjawab ini sepenuhnya.

“Mereka naik dan turun. Beraksi seperti tidak ada taktikal dan saya rasa ia seakan perlawanan amatur. Saya pun tidak tahu apa yang terjadi terutamanya apabila kami melepaskan gol mudah.

“Ketika rehat separuh masa, saya tanya apa pemain mahukan dan mereka katakan mahu menang. Cakap memang senang berbanding untuk lakukan. Apa pun kami kena buat,” katanya.

Malah Lemos turut bertemu sekelompok penyokong Negeri Sembilan yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan prestasi semasa pasukan, sejurus selepas perlawanan terbabit.

Pada masa sama, Lemos akui pasukannya berdepan risiko penyingkiran daripada Liga Super sekiranya terus mempamerkan aksi buruk dalam baki saingan musim ini.

“Kami berdepan tugas sukar (menentang PKNP dan Selangor untuk aksi seterusnya). Apa yang saya beritahu kepada penyokong, ia belum lagi berakhir.

“Penyokong ada hak. Jika mereka tidak gembira, saya juga sama. Mereka mahukan keputusan dan kerja saya adalah untuk mendapatkannya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here