Lengan kembang ala Saloma

0
664
Advertisement



Fesyen berubah seperti roda, apa saja jenis pakaian dan potongan yang pernah menjadi ikutan satu ketika dulu tidak mustahil turut diminati generasi sekarang.

Seperti tahun ini, potongan lengan besar ala Saloma kembali menjadi ‘trend’ dan diminati pereka fesyen tempatan, sehingga ia diabadikan kebanyakan selebriti tempatan sewaktu menghadiri acara prebiu khas program Aidilfitri.

Lengan besar ini pula diabadikan tidak saja pada baju kebaya, malah diterapkan dalam baju berpotongan kurung moden dan gaun. Ia juga sesuai digayakan buat menghadiri majlis rumah terbuka.

Antara yang menarik, penampilan pelakon dan pengacara, Ardell Aryana menggayakan gaun labuh potongan duyung. Lengan kembang besar membuatkan ia memberi ilusi gaya klasik.

Penampilan sama pelakon Siti Saleha yang memilih baju semi gaun potongan besar dengan lengan kembang sewaktu menghadiri majlis Program Raya Astro, baru-baru ini.

Menampilkan pakaian moden dalam sisi tradisi, penampilan Zara Zya dengan gaun kelihatan seperti kebaya warna biru lembayung, membuatkan penampilannya nampak ayu. Paplum di bahagian pinggang selaras dengan lengan kembang.

Lia Natalia memilih untuk menggayakan baju kurung potongan singkat dengan lengan kembang lebih besar bermula daripada lengan. Fabrik warna biru firus membuatkan dramatis itu nampak manis.

Kebaya kimono juga antara fesyen diminati kebanyakan wanita terutama tahun ini boleh dikatakan sebahagian besar baju raya dihasilkan dengan corak sedemikian. Kelebihannya, ia boleh disarungkan dengan kain mahupun seluar.

Penyampai radio Feeya memilih untuk menggayakan baju kebaya kimono dengan potongan lengan besar. Ia menjadikan penampilannya agak unik, tetap ayu dan penuh gaya dalam persalinan warna kontras baju, tudung serta kain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here