Letupan bom paku di universiti Korea Selatan, profesor cedera

0
221
Advertisement



SEOUL: Seorang profesor di Universiti Yonsei Korea Selatan cedera pada Selasa apabila cuba membuka sebuah bungkusan di pejabatnya, lapor sumber rasmi pasukan bomba.

Agensi berita Yonhap berkata bungkusan yang diletakkan di pejabat bangunan fakulti kejuruteraan itu meledakkan kandungan berupa skru, paku dan bolt. 

Profesor yang menjadi satu-satunya orang yang berada di lokasi kejadian itu bagaimanapun dilaporkan tidak menanggung kecederaan serius, meskipun mengalami kesan terbakar di lengannya, dan kini dirawat di hospital universiti berkenaan.

Polis telah mengerahkan Pasukan Khas Senjata dan Taktik (SWAT) ke lokasi kejadian dan mereka tidak menolak kemungkinan kejadian itu adalah serangan pengganas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here