Letupan di Jakarta, kepala putus

0
62



GLOBAL Bom dilapor meletus di Jakarta Timur awal malam ini, menyebabkan sekurang-kurang seorang mangsa terkorban.

Tempo melaporkan letupan berlaku dekat Terminal Bas Kampung Melayu, Jakarta, pada jam 9 malam, waktu tempatan.

“Ada dua kali ledakan,” kata seorang penduduk kampung, Oji (satu nama), 53, yang berada di rumah ketika kejadian.

Setelah letupan itu, Oji berkata melihat sekujur mayat lelaki yang kepalanya terpisah daripada kepala.

“Lokasi kejadian kini sudah dipasang garisan polis. Masyarakat nampak berkerumun di sekitar lokasi,” lapor Tempo lagi.

Sementara itu, Jakarta Post pula melaporkan Ketua Polis Jakarta Timur Andry Wibowo sebagai berkata tiga orang terkena letupan itu.

Bagaimanapun polis masih belum mengesahkan sama ada terdapat kematian.

Stesen bas itu kini ditutup buat sementara waktu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here