Letupan Jakarta: Tiada agama yang akan bertoleransi dengan keganasan – MUI

0
67



JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengutuk keras tindakan serangan bunuh  diri yang meragut lima nyawa  di Terminal Kampung Melayu, Jakarta Timur malam tadi, tambah lagi apabila ia membabitkan orang awam dan anggota keselamatan republik itu.

“Kami mengutuk keras tindakan keji dan unsur-unsur keganasan tersebut. Islam dan umatnya seharusnya mengutuk keras tindakan tersebut,” tegas Wakil Ketua Umum dan Perundangan-undangan MUI, Ikhsan Abdullah kepada portal Jawapos.com hari ini.

Katanya lagi tindakan itu tidak bersesuaian dengan prinsip-prinsip agama Islam yang penuh rahmat dan kasih sayang sesama umat.

Begitu pula dengan agama lainnya. “Agama apapun tidak ada yang bertoleransi dengan  tindakan keganasan, apalagi bom bunuh diri,” sebutnya.

“Lebih-lebih bom ini terjadi saat-saat umat Islam sedang mempersiapkan diri menyambut bulan suci Ramadan. Bulan penuh rahmat kasih sayang dan penuh berkah,” ujarnya lagi.

Pihak polis Jakarta sebelum ini mengesahkan  lima individu terkorban, termasuk tiga anggota polis dan dua pengebom bunuh diri di Terminal Kampung Melayu, Jakarta Timur, Indonesia pada jam 9 malam waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia) malam tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here