Letupan Jakarta: Tiada warganegara Malaysia terlibat

0
82



PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tidak ada warganegara Malaysia terlibat dalam dua insiden letupan bom yang berlaku di Terminal Bas Kampung Melayu, Jakarta Timur malam tadi.

Dalam satu kenyataan, Wisma Putra berkata Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sedang memantau rapi insiden itu dengan pihak berkuasa tempatan.

“Warganegara Malaysia yang berada di kawasan kejadian adalah dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan melaporkan diri dengan pihak Kedutaan Besar di Jakarta,” katanya.

Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dalam letupan bom itu dengan orang awam turut dilapor tercedera dalam kejadian yang menyaksikan dua letupan berlaku dalam tempoh lima minit, yang dipercayai dilakukan pengebom bunuh diri kira-kira 9 malam waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia).

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here