Letupan Jakarta: Tiga anggota polis antara yang terkorban

0
54



JAKARTA: Tiga anggota polis disahkan antara lima yang terbunuh dalam insiden ledakan bom di kawasan Terminal Kampung Melayu, Jakarta Timur malam tadi.

Menurut jurucakap polis, anggotanya yang terkorban sedang menjalankan kawalan perarakan pawai oboer, iaitu sambutan menyambut kedatangan bulan Ramadan.

“Tiga petugas maut ketika kejadian. Mereka sdedang bertugas mengawal perarakan pawai obor,” kata Setyo Wasisto seperti dilaporkan Kompas.

Mereka yang terbunuh dikenalpasti adalah Bripda Taufan, Bripda Ridho, dan Bripda Adi Nata.

Pihak polis Jakarta sebelum ini mengesahkan  lima individu terkorban, termasuk tiga anggota polis dan dua pengebom bunuh diri di Terminal Kampung Melayu, Jakarta Timur, Indonesia pada jam 9 malam waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia) malam tadi.

SHARE
Previous articleSemangat juara
Next articleKamarul bukti kehebatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here