Letupan kereta di Kabul ragut 9 nyawa, puluhan cedera

0
27



KABUL: Satu letupan bom kereta menggegarkan Kabul, Afghanistan hari ini, meragut tidak kurang dari sembilan nyawa dan mencederakan puluhan yang lain.

Menurut pegawai kerajaan, letupan berlaku di kawasan kedutaan asing dengan asap tebal dapat dilihat dari jauh.

Jurucakap polis Kabul, Basir Mujahid berkata beberapa orang dilaporkan terbunuh berhampiran pintu masuk ke Kedutaan Jerman.

“Berlaku bom kereta berhampiran Kedutaan Jerman, tetapi terdapat banyak kawasan dan bangunan penting di sekitarnya. Sukar diketahui apakah sasarannya,” kata Mujahid.

Kekuatan letupan turut memecahkan tingkap dan pintu kediaman yang terletak beratus meter dari kawasan kejadian.

Kementerian Kesihatan negara itu dalam satu kenyataan mengesahkan sekurang-kurangnya 9 terbunuh dan 90 yang lain cedera.

Sehingga kini masih belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here