Letupan Manchester: MI5 lancar siasatan dalaman

0
83


BUNGA diletakkan di ruangan khas bagi mengenang mangsa tragedi di Manchester Arena. – Foto Reuters

MANCHESTER: Agensi perisikan Britain, M15 melancarkan siasatan dalaman bagi mengesan sama ada agensi itu ‘terlepas pandang’ petunjuk penting serangan di Manchester, seminggu selepas kejadian yang mengorbankan 22 mangsa.

Majlis Bandar Manchester mengumumkan langkah berjaga-jaga pada detik kejadian berlaku, iaitu ketika pengebom nekad, Salman Abedi, 22, meletupkan bom selepas berakhirnya konsert bintang pop, Ariana Grande di Manchester Arena.

Sebelum itu, nama semua mangsa, termasuk enam kanak-kanak dibacakan di hadapan ratusan orang ramai yang menghadiri upacara keagamaan di sebuah dewan di sini.

Setakat ini, 14 suspek sudah ditahan di Britain, manakala bapa dan adik Salman pula diberkas di Libya.

Dalam pada itu, siasatan MI5 dijangka menjurus kepada tindakan pihak berkuasa mengeluarkan nama Salman daripada senarai pemantauan, selain sama ada amaran mengenai tingkah lakunya diabaikan pihak terbabit.

“Ketika ini pelbagai maklumat diperoleh mengenai apa yang berlaku, bagaimana ia boleh berlaku, apa yang kita ketahui dan mungkin tidak diketahui.

“Jadi, adalah wajar untuk MI5 menjalankan siasatan bagi mengetahui fakta yang tepat.

“Kita tidak sepatutnya tergesa-gesa untuk membuat sebarang kesimpulan,” kata Setiausaha Dalam Negeri, Amber Rudd kepada Sky News.

AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here