Letusan Gunung Agung Bali: Sesetengah insurans perjalanan tak lagi tanggung risiko

0
26

BALI: Beberapa syarikat insurans perjalanan kini mengambil langkah tidak lagi menawarkan perlindungan bagi sebarang risiko keselamatan, gangguan atau pembatalan percutian akibat aktiviti gunung berapi, susulan letusan Gunung Agung di Bali pada Selasa.

Syarikat insurans tersebut berkata, mereka enggan menawarkan perlindungan kerana kejadian tersebut bukan lagi dianggap ‘bencana yang tidak dijangka’, lapor media Australia.

Sejak 29 Oktober lalu, pemerintah Indonesia mengekalkan amaran gurung berapi di pulau peranginan tersohor tersebut pada peringkat tiga.

Setakat ini, operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali masih belum terjejas dengan aktiviti letusan gunung itu, yang memuntahkan wap dan debu panas.

Lokasi lapangan terbang itu berjarak 75 kilometer daripada gunung berapi berkenaan.

Syarikat Virgin Australia dan Jetstar masing-masing meneruskan jadual penerbangan mereka seperti biasa.

Bagaimanapun, dua pembekal insurans perjalanan popular di Australia, iaitu Travel Insurance Direct dan 1Cover Travel Insurance – telah mengeluarkan notis pemotongan bagi sebarang tuntutan berkaitan gunung berapi itu memandangkan pengembara seharusnya ‘sudah tahu’ tentang perkembangannya.

Kerajaan Australia telahpun mengemas kini tip dan nasihat percutian menerusi Smartraveller, yang menyatakan bahawa terdapat potensi debu panas boleh menjejaskan penerbangan jika aktiviti Gunung Agung meningkat.

Syarikat penerbangan pula perlu membuat keputusan sendiri tentang operasi penerbangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here