Letusan Gunung Agung di Bali: Aktiviti pelancongan masih normal

0
21

JAKARTA: Aktiviti pelancongan di Pulau Bali dilapor berjalan seperti biasa sekalipun berlaku letusan gunung berapi, Gunung Agung pada Selasa.

Menurut Kepala Dinas Pariwisata Provinsi Bali Anak Agung Gede Yuniartha Putra, kedatangan pelancong ke pulau peranginan terkemuka itu tidak terjejas dan aktiviti pelancongan di tempat-tempat menarik di pulau itu juga berlangsung seperti biasa.

“Kedatangan wisatawan (pelancong) ke Bali masih normal. Jumlah wisatawan yang datang ke Bali rata-rata 15 ribu orang per hari,” katanya dipetik laporan media dalam talian di sini.

Kementerian Perhubungan Indonesia dilapor turut menyatakan semua penerbangan luar dari, dan ke Bali ketika ini masih dijadualkan seperti biasa.

Gunung Agung dilaporkan meletus dan mengeluarkan asap kelabu setinggi 600 meter pada Selasa (21 Nov) dan Badan Nasional Penanggulangan Bencana mengeluarkan amaran supaya orang ramai di sekitar Gunung Agung, pendaki, pengunjung dan pelancong tidak berada atau melakukan aktiviti di Zon Perkiraan Bahaya.

Zon Perkiraan Bahaya adalah meliputi kawasan lingkungan 6 kilometer dari kawah puncak Gunung Agung.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here