Lewandowski 'tak keluar' Jerman

0
319
Advertisement



BERLIN: Penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski tidak akan meninggalkan juara Jerman itu, kata pengendali kelab gergasi itu Niko Kovac.

Ejen penyerang Poland itu, Pini Zahavi sebelum ini mengesahkan Lewandowski akan berpindah dengan Real Madrid antara yang berminat dan spekulasi tambah kuat apabila penyerangnya, Cristiano Ronaldo berpindah ke Juventus.

Selain juara Eropah itu, seteru Bundesliga, Borussia Dortmund juga dikatakan berminat dengan ketua pegawai eksekutifnya, Hans-Joachim Watzke dilaporkan bersedia untuk berbelanja 100 juta euro (RM474 juta) untuk mendapatkan khidmatnya kembali.

Namun Kovac dipercayai tidak bersedia untuk melepaskan penyerang berbisanya itu.

“Tiada perkembangan baharu dengan Robert, jelas dia tidak akan meninggalkan kelab ini kerana dia penyerang terbaik kami dan kami tidak mahu melepaskan atau membiarkannya pergi,” kata Kovac.

“Banyak yang kami mahu capai dengannya. Dia pemain bola sepak yang hebat, yang mencapai begitu banyak kejayaan di Bundesliga, menjaringkan banyak gol dan kini memasuki musim baharu dia jelas mahu menjaringkan lebih banyak gol.”

Sekalipun mengetahui kehendak Lewandowski untuk berpindah, Kovac menggambarkan pemain berusia 29 tahun itu sebagai ‘profesional sepenuhnya’ dan tidak akan memaksa kelab untuk melepaskannya.

“Benar Robert ada ‘bergurau’ untuk pergi ke tempat lain. Hanya satu dia mahukan, satu lagi adalah apa yang kami gemar,” kata bekas pengurus Eintracht Frankfurt itu.

“Robert mempunyai kontrak, saya tidak tahu berapa lama dan dia jelas akan berada di sini selama yang mungkin,” katanya dengan Bayern dijadual bertemu Manchester United pada aksi persahabatan pramusim 5 Ogos ini sebelum kempen liga bermula.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here