Li Chunrong Ketua Pegawai Eksekutif baharu Proton

0
50

SHAH ALAM: Li Chunrong dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) yang baharu hari ini.

Pelantikan ini susulan tindakan pengunduran Datuk Ahmad Fuaad Kenali dari jawatan tersebut berkuat kuasa 30 September 2017.

Ahmad Fuaad akan memegang jawatan CEO Malakoff Corp Bhd berkuatkuasa 1 Oktober ini.

Mengumumkan perkara itu, Pengerusi Proton Holdings Bhd Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata beliau percaya Proton akan segera kembali mencatat keuntungan susulan pelantikan CEO baharu itu.

Sementara itu, Li Chunrong berkata beliau akan berusaha keras memastikan kejayaan Proton.

Manakala, Datuk Radzaif Mohamed akan kekal sebagai Timbalan CEO Proton.

Sementara itu, Syed Faisal turut mengumumkan kemasukan dua individu dari Geely Holding, Daniel Donghui Li dan Feng Qing Feng kepada ahli lembaga pengarah Proton Holdings Bhd.

BERITA LANJUT MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here