Liam Payne, Cheryl Cole sedia putuskan hubungan

0
114
Advertisement
BEKAS anggota kumpulan One Direction, Liam Payne dan seorang personaliti TV, Cheryl Cole telah bersedia memutuskan hubungan mereka yang terjalin sejak 2016 itu.

Selepas gagal menyelamatkan hubungan itu, Liam telah mendapatkan nasihat undang-undang bagi urusan aset bersama mereka dan hak penjagaan anak.

Pasangan itu mempunyai aset bersama bernilai 74 juta pound Sterling (£) dimana Liam, 24, mempunyai kekayaan bernilai £54 juta dan Cheryl, 34, mempunyai £20 juta.

Liam dan Cheryl belum berkahwin tetapi mempunyai seorang anak lelaki, Bear yang berusia 11 bulan, dan tinggal bersama di sebuah rumah di Surrey, United Kingdom.

Menurut Dailystar.co.uk, pasangan itu ingin mengambil keputusan untuk berpisah kerana tidak berupaya menyesuaikan diri dengan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa.

Namun belakangan ini, Liam banyak menghabiskan masa bersama penyanyi rap wanita terkenal, Rita Ora untuk kolaborasi lagu terbaru mereka, For You yang juga merupakan lagu tema filem Fifty Shades Freed.

Peminat juga mula berspekulasi bahawa persahabatan Liam dan Rita menjadi punca keretakan hubungan pasangan yang mempunyai jarak umur 10 tahun itu.

Peminat keliru hubungan antara Liam, Cheryl dan Rita.

Kedua-dua penyanyi itu dilihat kali terakhir muncul bersama di satu acara kebajikan pada 29 November lalu.

Selain itu, peminat juga meluahkan rasa tidak suka dengan hubungan rapat Liam dan Rita.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here