Liat betul nak bayar…

0
330
Advertisement



“KALAU rasa bertanggungjawab, dia bayarlah!” kata Fadzil Zahari saat ditanya mengenai hutang sebanyak RM10,000 yang sehingga kini belum dijelaskan oleh pereka fesyen, Zery Zamry.

Laporan HM Digital pada 4 Jun lalu. Fail HM

Suami kepada pelakon dan pengacara, Yana Samsudin itu berkata pereka fesyen itu ada menghantar pesanan ringkas meminta diberi sedikit masa untuk menjelaskan hutang sikit demi sikit.

Katanya, pesanan ringkas itu dihantar kepada Yana selepas Zery memberi kenyataan kepada Harian Metro pada 5 Jun lalu bagi menjawab tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Fadzil bagaimana pun mendakwa alasan diberikan pereka fesyen itu sudah terlambat kerana sudah diberi masa lebih tiga tahun.

“Bagi kami, permintaannya itu sudah terlambat sebab isu ini sudah lama dibangkitkan.

“Kami tidak mahu mengambil tindakan undang-undang buat masa ini kerana mahu tunggu setakat mana dia akan kotakan janji,” katanya.

Fadzil berkata pada majlis rumah terbuka Empire Film Solution di Dataran Karyawan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Klang, hari ini.

Dalam laporan Harian Metro, bulan lalu, Fadzil melalui satu kenyataan di Facebook miliknya menegur seorang pereka fesyen yang belum melangsaikan hutang berjumlah RM10,000 sejak tiga tahun lalu.

Dia mendakwa pereka fesyen itu juga sudah menghalang segala laluan komunikasi melalui Whatsapp, Facebook dan Instagram.

Malah usaha Fadzil bagi mendapatkan penjelasan daripada ahli keluarga Zery juga menemui jalan buntu.

Berita berkaitan:Hello… bila nak bayar hutang?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here