Libya larang kemasukan rakyat AS

0
34

TRIPOLI: Tripoli dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, mengumumkan kerajaan sementara negara itu akan melarang rakyat Amerika Syarikat (AS) memasuki Libya.

Tindakan berkenaan sebagai tindak balas keputusan Presiden Donald Trump melarang warga Libya memasuki AS, lapor agensi berita China Xinhua.

Kerajaan sementara itu menyifatkan langkah Trump sebagai meningkatkan lagi ketegangan yang disasarkan ke atas rakyat Libya.

Libya turut menuduh AS meletakkan warganya sama seperti pengganas, kumpulan yang diperangi tentera negara itu dengan sokongan rakyat.

Kedutaan AS di Libya pada Isnin mengumumkan bahawa kemasukan rakyat Libya ke AS digantung atas alasan keselamatan.

Menurut kedutaan itu, Libya berdepan cabaran besar dalam hal berkaitan “perkongsian beberapa maklumat, seperti keselamatan dan keganasan yang diperlukan untuk perlindungan keselamatan awam dan negara AS.”

Kerajaan sementara Libya diketuai Abdullah Thanni dan bersekutu dengan tentera di wilayah timur yang dipimpin Mejar Jeneral Umum Khalifa Haftar.

Thanni mentadbir Libya timur dan selatan serta sebahagian dari wilayah barat, selebihnya dikuasai kerajaan yang disokong PBB.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here